Akhirnya terlaksana juga hasrat untuk menerai resepi roti sarang lebah yg sangat femes seantero maya sejak dua menjak ni.Saya ni bukanlah dikategorikan sebagai mengikut aliran semasa hihiii..sbbnya rata2 kat fb atau dunia blogging mencuba roti sarang lebah ni.Saya juga yg buat xtau ajer kikiii..Resepi pun tak ambil pot sebab saya bukanlah penyabar orangnya untuk tggu doh naik tu adeh malas bebenor bab tunggu menunggu ni.Tapi bila kekanda rosaliza dah buat..katenya senang sangat dan bahan pun simple..brlah terhegeh2 study resepi.Rupaya mmg sangat2 senang.Kalau tak ada BM (Bread Maker) atak heavy duty mixer pun xpe..korang still boleh merasai kenikmatan roti sarang lebah yg enak ni..guna ajerlah kudrat lengan tu untuk menguli...jap jer pun..Saya guna mixer sbb BM elok jer parking dalam kotak malas bebenor nk kuarkan..
Projek meroti ni saya buat hari sabtu lepas..memula ingat nk buat untuk bekfas..tp kalau bekfas msti roti dah sejuk...hurm xpolah...bila dah stat buat tu..time dok peram2..ujan turun dengan jayanya...Adeh ini dah merencatkan proses roti naik sekali ganda ni...xpo la sambil layan cerekarama..biar ajerlah roti tu mengembang..dalam kol 11.30pm..baru masuk oven.Time ni anak2 dah belayar dah..dekat2 roti nak masak tu pi kejut sat n tanya..nk makan roti...dalam mamai tu kata nk..okey sekejap lagi roti siap mama panggil.Bila siap..curah sos butterscoth n terus menikmati roti yg lembut dan sedap tu..sehingga saya terlupa untuk snap gambar muahahaaa...roti tinggal loyang dalam masa 10min jer..adeh nk buat berejam...makan 10min ajer..Walaupun penat menunggu tp seronok bila semua org tersayang makan dengan penuh nikmat.Roti panas time ujan...sebagai supper kami malam tu...Inilah hasilnya...
\ABS\Auto Blog Samurai\data\Blog Resepi\linapg\Roti+Sarang+Lebah2+(2).jpg)
\ABS\Auto Blog Samurai\data\Blog Resepi\linapg\Roti+Sarang+Lebah.jpg)
BAHAN UNTUK DOH ROTI 2 cawan tepung gandum½ sudu teh dry yeast¼ sudu teh garam½ sudu teh baking powder1 sudu besar gula pasir¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)¼ cawan minyak sun flower½ cawan air suam Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ONBila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginyaSapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.NOTE:-
Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti kerasKalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
½ cawan brown sugar bukan gula merah ok½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)Sedikit garam½ st vanilla essence25g butterCara Penyediaan Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Peringatan:
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
No comments:
Post a Comment