Monday, 9 June 2014

Resepi Agar-Agar Oren/Jelly Orange Dan Tempahan Jelly Orange

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak mengasah skil dalam membuat puding/dessert.Dolu2 saya lebih suka membuat dessert berbanding kek.Tapi sekarang nampaknya membaking lebih mendatangkan rezeki.Puding ni saya tak ambil sangat tempahan sebab perlu kerja yg teliti dan ambil masa yg lama.Kali ni saya ambil juga tempahan sebab ada sahabat baik saya minta tolong..Jd untuk tidak menghampakan permintaan belia..saya buat juga Jelly Orange ni sebagai hantaran.Memang ke laut skil memuding ni..Kalau ada yg berminat untuk mencuba saya sertakan resepi dan langkah demi langkah sebagai rujukan...
Inilah dia final product Jelly Orange..saya buat simple2 jer.Harap berpuas hati Close up sket bahagian slices tu...macam real buah oren tak hihiii Picas ni dari enpon..nampak cam warna kuning lak...actual kaler warna oren..macam buah dalam plastik tu..maybe snap memalam buta kot hihiiiRESEPI JELLY ORANGE/AGAR2 ORENBahan-bahan 5 biji limau- XL10g serbuk agar-agar5 cawan cecair (1000ml)Jus perahan buah limau/oren (sukat dulu br liter)1/2 cawan gulasecubit garam
Cara-cara Buah limau/oren dibelah dua.Keluarkan isinya.Saya korek guna sudu jerrIsi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.Tapiskan (sukat jus oren-LiNa Pg dapat jus ~400ml)Masak agar2 bersama 600ml air, garam dan gula.Masak hingga agar2 dan gula hancur.Masukkan jus buah limau tadi.Kacau sekejap.Tutup apiTuangkan ke dalam kulit limau tadi.(Kulit limau/oren LiNa Pg letak atas bekas telur supaya senang nk tuang agar2)Biarkan sejuk dan jelly keras. 
Jelly Orang dan kek karamel coklat moist..ditempah oleh orang yg sama..Terima kasih.Gambar ni dari enpon lain sket kaler dia..actual kaler yg warna oren kat atas tu.Tempahan hari sabtu..untuk majlis bertunang dan besday
Tempahan hari ni punya..belum pick up lagi..kastemer baru neh

View the original article here

Sunday, 8 June 2014

Resepi Roti Sarang Lebah (Mudah Lembut Dan Gebu)

Assalamualaikum...
Akhirnya terlaksana juga hasrat untuk menerai resepi roti sarang lebah yg sangat femes seantero maya sejak dua menjak ni.Saya ni bukanlah dikategorikan sebagai mengikut aliran semasa hihiii..sbbnya rata2 kat fb atau dunia blogging mencuba roti sarang lebah ni.Saya juga yg buat xtau ajer kikiii..Resepi pun tak ambil pot sebab saya bukanlah penyabar orangnya untuk tggu doh naik tu adeh malas bebenor bab tunggu menunggu ni.Tapi bila kekanda rosaliza dah buat..katenya senang sangat dan bahan pun simple..brlah terhegeh2 study resepi.Rupaya mmg sangat2 senang.Kalau tak ada BM (Bread Maker) atak heavy duty mixer pun xpe..korang still boleh merasai kenikmatan roti sarang lebah yg enak ni..guna ajerlah kudrat lengan tu untuk menguli...jap jer pun..Saya guna mixer sbb BM elok jer parking dalam kotak malas bebenor nk kuarkan..
Projek meroti ni saya buat hari sabtu lepas..memula ingat nk buat untuk bekfas..tp kalau bekfas msti roti dah sejuk...hurm xpolah...bila dah stat buat tu..time dok peram2..ujan turun dengan jayanya...Adeh ini dah merencatkan proses roti naik sekali ganda ni...xpo la sambil layan cerekarama..biar ajerlah roti tu mengembang..dalam kol 11.30pm..baru masuk oven.Time ni anak2 dah belayar dah..dekat2 roti nak masak tu pi kejut sat n tanya..nk makan roti...dalam mamai tu kata nk..okey sekejap lagi roti siap mama panggil.Bila siap..curah sos butterscoth n terus menikmati roti yg lembut dan sedap tu..sehingga saya terlupa untuk snap gambar muahahaaa...roti tinggal loyang dalam masa 10min jer..adeh nk buat berejam...makan 10min ajer..Walaupun penat menunggu tp seronok bila semua org tersayang makan dengan penuh nikmat.Roti panas time ujan...sebagai supper kami malam tu...Inilah hasilnya...
 pas kuar oven terus snap ngan enpon...pastu terus ngap.Tak hengat donia hihiiiyg ni seb baik nisa snap ngan enpon dia..kalau tidak mmg tadak la gambar isi dalaman roti yg gebu gebas dan sangat lembut..bab kapas gitu..Bila makan dengan sos yg istimewa tu sangat sedapppp
BAHAN UNTUK DOH ROTI 2 cawan tepung gandum½  sudu teh dry yeast¼ sudu teh garam½ sudu teh baking powder1 sudu besar gula pasir¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)¼ cawan minyak sun flower½  cawan air suam Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)

CARA PENYEDIAAN:

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ONBila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginyaSapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-

Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti kerasKalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar bukan gula merah ok½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)Sedikit garam½ st  vanilla essence25g butter
Cara Penyediaan Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Peringatan:

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

View the original article here

Iklan Raya Dan Projek Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim


Iklan Raya Dan Projek Iqra' Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Sangat menyentuh hati apabila menonton video iklan raya ini. Mengisahkan Ahmad dan Fizi merupakan anak yatim memulakan perjalanan ke Segamat dan menghadapi pelbagai cabaran balik ke kampung untuk pergi menziarahi pusara ibunya.

Tak dapat dinafikan ramai yang sedih dan menangis dan sebagainya. Adalah lebih baik jika mesej iklan ini difahami sedalam-dalamnya oleh kita.
Projek Iqra Shopping raya 2013
Bantulah mereka yang memerlukannya. Melalui Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.
Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan

Rumah Yang Teribat Adalah Tahun Ini Adalah Seperti Berikut
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)

Terdapat 3 cara bagaimana anda semua boleh menjayakan projek ini: 
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam .
3. Menyebarkan informasi projek di Facebook dan media sosial yang lain  supaya lebih ramai orang mengetahuinya

Untuk maklumat lanjut bagaimana tuan puan menjayakan Projek Shopping Raya ini boleh layari PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA di http://www.projekiqra.com/

Halaman Facebook Projek Iqra' https://www.facebook.com/ProjekIqra

Semoga mendapat barakah Allah dari setiap bantuan yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan.


View the original article here

Resepi Caramel Macchiato Cheesecake


Caramel Macchiato Cheesecake
Oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan:
2 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/2 cawan butter - cairkan (115g)
670g cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula (200g) - boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
3 biji telur
150g yogurt putih low fat
1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:
85g butter
3/4 cawan brown sugar
1 sudu besar air
secubit garam
85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
9. Balut acuan dengan aluminium foil.
9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

** sebutan macchiato ialah " makhiyato " bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

** water bath / bain marie - masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas


View the original article here

Resepi Kek Minyak


KEK MINYAK

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.


View the original article here

Resepi Choc Fudge Brownies


Resepi Choc Fudge Brownies

1 1/4 cawan butter (saya guna minyak jer)
4 biji telur (sy guna gred A)
2 cawan gula (sy guna gula castor dan sy kurangkan sukatannya)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Panaskan oven pada suhu 170 darjah.

Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)

Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Nota: sy ubah sedikit cara membuat brownies ni sebab sy hanya gunakan minyak menggantikan butter. Cara saya: satukan gula, telur dan vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan vanilla, sedikit garam (resipi asal tk guna garam sebab guna butter), dan minyak. Kacau lagi biar sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko. Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang.

Choc Ganache:
(Boleh tambah atau kurangkan kuantiti krim mengikut kepekatan yang dikehendaki)

125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream
Sedikit minyak atau butter jika suka

Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.


View the original article here

RESEPI PUDING TRIFFLE


RESEPI PUDING TRIFFLE

BAHAN KEK SPONGE
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan..

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gula hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi,
Susun kek dalam bekas..Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur buah koktail. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...


View the original article here